Saturday, 20 June 2009

titin "petua"

Petua 1

Kegembiraan melahirkan anak pertama bertukar menjadi kerisauan apabila bayiku yang baru berumur tiga hari mengalami jaundis. Kami terpaksa berulang-alik ke hospital untuk menjalani pemeriksaan darah. Rasa sedih tidak terkata tatkala bayiku menjerit kesakitan setiap kali disuntik jarum bagi mengambil darahnya. Segalanya berubah apabila ibuku menyarankan agar bayi diberi minum air perahan sengkuang cina. Caranya mudah sekali. Beberapa biji sengkuang cina diparut dan diambil airnya. Beri bayi minum air perahan tersebut sebanyak satu sudu kecil sekali setiap pagi. Insya-ALLAH, jaundis akan segera hilang jika diamalkan selalu.


Petua 2

Sekiranya anak anda menghidap penyakit demam kuning, cuba amalkan petua ini. Ambil setengah biji halwa kundur dan campurkan bersama air suam kosong.
Beri anak anda minum dua kali sehari. Insya- ALLAH paras demam kuningnya akan turun selepas itu.

Petua 3

Segelintir bayi yang baru lahir akan mengalami sakit kuning. Jika masalah ini terjadi kepada bayi anda, cara untuk menghilangkannya adalah dengan mengambil beberapa batang pokok dukung anak. Kemudian rebuskan pokok ini. Tunggu sehingga air rebusan benar-benar suam dan mandikan bayi anda setiap pagi dan petang. Lakukan sehingga tiga atau empat hari. Insya-
ALLAH penyakit kuning bayi anda akan hilang.


No comments: