non selamat ye dah hamil smg anak kamu lahir sihat dan handsome, pejam celik pejam celik dirimu dah nak punye anak, tapi aku ni masih je macam dulu, belum juge ade boyfriends..hehe,
referensi nama baby buat kamu
Adabi Abadi (Kesopananku/yang kekal) | |
Anak ini akan membesar dengan kesopanan yang tinggi. Sopan itu bukan dilakukan dengan berpura-pura atau ada udang di sebalik batu. Memang dilakukan dengan penuh keikhlasan kerana kesopanan itu telah menjadi pakaian kepada dirinya. | |
Adib Anjab (Beradab/lebih utama dan bernilai) | |
Orang yang berakhlak mulia boleh dan pandai membawa dirinya bersama kawan-kawan dan masyarakat setempat. Hidup dengan berakhlak lebih mulia daripada menjadi orang kaya yang sombong. Mendidik anak memiliki akhlak yang baik adalah salah satu tanggungjawab ibu bapa yang berat. | |
Adib Fahim (Pujangga/yang faham) | |
Bila dewasanya anak menjadi seorang pujangga yang faham apa yang ingin diperjuangkan untuk kejayaan dan kepentingan bangsa, agama dan tanah airnya sendiri. | |
Aisy Hafiy (Kaya raya/yang memuliakan) | |
Kekayaan yang dimiliki oleh seseorang kadang-kadang menyebabkan ia sombong dan lupa diri. Jika ada anak-anak yang kaya, alangkah baiknya jika dia dapat membantu orang yang susah dan mudah memberi sesuai dengan kemuliaan sebagai orang yang kaya pada harta dan juga pada budi bahasanya. | |
Ahmad Wirdas (Yang terpuji) | |
Nama ini pernah dimiliki oleh seorang anak di zaman pemerintahan Amirul Mukminin iaitu Hisyam bin Abdul Malik. Wirdas merupakan seorang yang petah berhujah dan bijak mengeluarkan perkataan yang bernas ketika memberi pandangan. Berani menegur perbuatan yang salah secara berhikmah tanpa menyinggung mana-mana pihak. Selayaknya ia mendapat penghormatan di atas kebijaksaan dan keberaniannya itu. |
name pompuan
Adibah Aida Berpengetahuan/keberuntungan | |
Anak yang memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi bukan sahaja menguntungkan kedua ibu bapa, tetapi menguntungkan dirinya sendiri. Apa-apa jua kejayaan yang hendak dicapai sama ada pada dunia dan akhirat, mestilah dengan ilmu pengetahuan. Beruntunglah kepada anak-anak yang tinggi ilmu pengetahuannnya. | |
Alani Fatini Ketinggian/bijaksana | |
Seorang anak yang bijaksana senang dididik dan senang untuk memahamkan mereka dalam banyak aspek. Kefahaman mereka untuk menangkap apa-apa yang ingin disampaikan sangat tangkas. Ibu bapa hanya perlu untuk bercakap sedikit, tetapi anak mudah ingat dan tahu apa yang dimaksudkan. | |
Ahlam Fakhira Paling sempurna/termashyur | |
Pada zaman yang serba mencabar ini, untuk mendidik anak ke arah kesempurnaan diri memang merupakan satu cabaran. Lihatlah di luar sana, berapa ramai anak-anak yang kecundang menjadi mangsa dadah, pergaulan bebas dan sebagainya. Memberikan nama ini, semoga anak sempurna pada zahir dan batin, menjadi termasyhur dengan kesempurnaan diri yang dimilikinya. | |
Alya Adriana Ketinggian, nisbah | |
Semoga anak ini menjadi orang yang sangat suka melakukan kebaikan yang tiada henti nisbahnya. | |
Alya Jazilah Ketinggian/bijak bercakap | |
Kelebihan ataupun ketinggian anak ini terletak kepada petahnya dalam berkata-kata. Anak yang bijak bercakap juga merupakan suatu kelebihan dirinya untuk berjaya dalam hidup. Semoga anak menjadi orang yang bijak dalam berkata-kata dan mengamalkan apa yang diperkatakan. |
No comments:
Post a Comment